Adam Adli jawab isu antara MESF dan Todak

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Adam Adli telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai isu Malaysia Esports Federation (MESF) yang bertindak menyekat pemain profesional dari menyertai kejohanan yang disanksi oleh mereka.

Kenyataan ini dibuat oleh Adam Adli di laman rasmi X beliau.

Menurut Adam Adli, beliau telah menerma dua laporan mengenai sekatan yang dilakukan oleh MESF dan berharap agar isu permain profesional ini diurus dengan lebih baik mengikut aduan yang telah diterima.1

“Saya telah meminta Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk meneliti secara menyeluruh dakwaan yang dikemukakan serta mengemukakan opsyen penyelesaian termasuk penganjuran sesi mediasi antara pihak-pihak terlibat supaya kemelut ini dapat diselesaikan secara berhemah dan membina.” tambah beliau.

Isu ini berbangkit apabilas, FAM mengumumkan pihak mereka akan melakukan  sendiri proses pemilihan atlet untuk mewakili Malaysia dengan kejohanan esukan yang dianjurkan oleh FIFA.

Walaubagaimanapun, MESF telah mengeluarkan kenyataan pemilihan tersebut tidak disanksi oleh mereka dan mana-mana pemain yang menyertai dalam pemilihan FIFA tersebut tidak boleh menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh MESF.

YB Adam Adli juga menyeru agar MESF kekal memainkan peranan aktif dalam pembangunan atlet dan pengukuhan ekosistem esukan negara sebagai badan penggalak dan tidak sehingga dilihat sebagai perintang kepada potensi pemain serta pasukan yang ingin maju di pentas profesional dan akar umbi.

FAM juga mengesahkan kejohanan yang disanksi oleh FIFA jatuh di bawah pengurusan FAM bukan melalui MESF.

Atlet esukan yang terkesan dengan keputusan ini ialah Muhammad Najmie (TengkuMie) iaitu pemain profesional eFootball Todak yang telah menyertai pertandingan Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) yang telah berlangsung pada 20 September lepas.

Todak menekankan MESF tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menghalang mana-mana atlet atau badan organisasi esukan berdaftar untuk menyertai kejohanan.

RELATED NEWS

+