Selangor Red Giants satu-satunya pasukan Malaysia di SPS Challenge Finals

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Selangor Red Giants adalah satu-satunya pasukan yang Malaysia akan bertarung di pusingan akhir kejohanan siri Snapdragon Pro Challenge Finals Asia Pasifik yang akan berlangsung pada 10 Februari hingga 16 Februari ini.

SRG berada di dalam kumpulan A, satu kumpulan yang ternyata sengit dengan kehadiran juara dunia, ONIC PH, tempat kedua M6, Team Liquid ID, Flash SG, Bigetron Alpha dan See You Soon.

Mereka tidak bertanding di pusingan Challenge Season kerana menjadi pasukan jemputan terus ke Challenge Finals. Dua pasukan Malaysia yang bermain di pusingan Challenge Season, Todak dan Homebois bagaimanapun tidak bernasib baik kerana tewas di peringkat kumpulan.

Di bawah pula adalah pasukan yang layak dari Challenge Season:

Pusingan akhir Challenge Finals akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di Johor Bahru bermula 14 Februari hingga 16 Februari ini.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+