20th Century Studios baru sahaja mengumumkan filem terbaru The Simpsons kini dalam pembikinan.
Filem ini bakal ditayangkan pada tahun 2027, 20 tahun selepas tayangan filem pertama.
The Simpsons adalah antara siri animasi paling lama disiarkan di kata televisyen.
Woohoo! The Simpsons are coming to theaters with an all-new movie on July 23, 2027! pic.twitter.com/wVqxwn8rLc
— 20th Century Studios (@20thcentury) September 29, 2025
Dicipta oleh Matt Groening dan ditayangkan pada 1989, The Simpsons masih adalah sitcom paling panjang tayangannya di televisyen.
Walaupun The Simpsons dikritik akibat pengurangan kualiti siri ini kekal popular dan menjadi antara tunjang paling penting untuk stesen televisyen Fox.
Plot untuk filem kedua ini masih belum diketahui dan sudah semestinya bakal menarik perhatian ramai peminat The Simpsons.

setahun yang lepas