Acara pesta animasi,komik dan permainan video (ACG) terbesar Malaysia kembali!
Comic Fiesta secara rasmi akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Disember ini.
Seperti biasa kesemua peminat anime, permainan video, komik malah Vtuber akan berkumpul bersama-sama menikmati minat yang sama.
Minna, nani ga suki? #comicfiesta2025 yori mo a~na~ta! pic.twitter.com/hzAelT3VMQ
— Comic Fiesta (@comicfiesta) May 19, 2025
Tahun lepas sahaja Comic Fiesta menarik selebih 73,000 jumlah pengunjung dengan lebih 300 booth pameran dari kesemua genre.
Comic Fiesta membuat ciapan dengan “Minna, nani ga suki?” adakah AiScReam akan datang ke Comic Fiesta sebagai tetamu khas?
Tahun ini Comic Fiesta 2025 akan dianjurkan pada 20 & 21 Disember.
Harga tiket masih belum diumumkan. Anda boleh melayari laman rasmi Comic Fiesta, Facebook dan Instagram mereka untuk maklumat lanjut!

setahun yang lepas