Seorang lelaki dari China baru-baru ini telah menceraikan isterinya kerana menghabiskan wang simpanan mereka untuk streamer lelaki.
Bekas isteri tersebut telah menghantar 670 ribu yuan (RM390 ribu) kepada seorang streamer lelaki sehingga menyebabkan hutang yang sangat tinggi.
En.Liu dari Zhengzhou telah menjalani kehidupan yang berjimat cermat selama 8 tahun dan memberikan hampir kesemua gaji kepada isterinya supaya isteri itu berasa ‘selamat’ dengan kewangan mereka.
Dia telah menyimpan sebanyak 1.16 juta yuan (RM676 ribu) dan kesemua itu telah disimpan oleh isterinya.

Foto: South China Morning Post
Dikongsikan oleh Liu, duit dalam akaun tersebut juga hampir kosong.
Baru-baru ini dia meminta untuk melihat akaun tersebut tetapi isterinya tidak mahu. Dia akhirnya mengaku wang tersebut telah hilang.
Ditangkap memberikan RM390 ribu kepada streamer lelaki
Menurut laporan dari The South China Morning Post, dari jumlah RM676 ribu itu, dia telah memberi wang tip sebanyak RM390 ribu kepada seorang streamer lelaki.
Isterinya sangat obses dengan streamer tersebut. Isteri tersebut juga tidak dapat menjelaskan ke mana wang tersebut hilang.

Foto: South China Morning Post
Lebih mengejutkan dia juga telah meminjam 80,000 yuan (RM46 ribu) sekaligus membuatkan keluarga itu berhutang lagi.
Liu mengatakan dia hidup dengan sangat susah dengan sewa 300 yuan sebulan dan menghantar kesemua gajinya kepada isteri untuk menjaga anak mereka sejak berkahwin 8 tahun lepas.
“Saya telah menjimatkan wang untuk makan dan segala perbelanjaan diri. Semua wang itu diberikan kepada isteri saya. Tetapi dia memberikan wang itu kepada lelaki lain.” kata Liu apabila ditemuduga oleh Henan TV.
Isteri Liu mengaku dia sangat obses dengan streamer tersebut dan mahu dipanggil ‘baby’. Dia juga mengatakan dia tidak pernah berjumpa dengan streamer itu.
Liu kini dalam pelan untuk mendapatkan kembali wang yang hilang tersebut sebelum menceraikan isterinya.

setahun yang lepas