Sementara semua peminat One Punch Man masih menunggu musim ketiga, mungkin ini berita Saitama yang paling hampir kita akan dapat.
Buat pengetahuan semua, premis cerita One Punch Man adalah sangat mudah iaitu cerita mengenai Saitama seorang hero yang bosan selepas berlatih kerana asyik mengalahkan penjahat dengan satu tumbukan sahaja.
Saitama menjadi sangat kuat dengan senaman yang sangat ‘biasa’ dalam dunia itu. Senaman ituadalah 100 tekan tubi, 100 duduk tegak, 100 squat dan larian 10km setiap hari tanpa berehat dan tanpa alasan.
A Chinese man just completed a real-life version of the One Punch Man training — 100 push-ups, 100 sit-ups, 100 squats, and a 10km run every day — for 1000 days.
And he shaved his head to celebrate. 🥵
🧵 pic.twitter.com/y53e1mv9wG— Spill the China (@SpilltheChina) July 24, 2025
Ramai orang mencuba senaman Saitama ini tetapi seorang peminat One Punch Man dari China bernama Li Shuangyong yang membuat senaman ini dalam 1,000 hari menunjukkan bukti kukuh senaman ini boleh memberikan kelebihan.
Menurut Jiupai News (melalui Men’s Health), Shuangyong sebelum ini mempunyai ladang ternakan ikan tetapi perniagaannya sudah jatuh merudum. Dihujani hutang dan perkahwinan yang goyah, kehidupan biasanya hilang serta merta.

Foto: Crunchyroll
Shuangyong memulakan perjalanan ini dari Ogos 2021 sehingga Julai 2024.
“Saya perlu menyelamatkan diri sendiri. Saya tidak boleh hidup sebegini, perkara ini juga mungkin akan menjadi lebih teruk,” ujar Shuangyong.
Pada mulanya Shuangyong dengan tiada wang hanya menggunakan kasut yang berharga 10 yuan (RM6) disamping hanya makan ramen dan telur.

Foto: SpilltheChina (X)
Dia mendokumentasikan keseluruhan perjalannya di atas talian sehingga berjaya mendapat tarikan ramai peminat. Dia akhirnya berjaya mendapat penajaan kasut baharu dan juga makanan tambahan.
Satu kumpulan peminat dari Taiwan juga membuat penstriman untuk Shuangyong dan bersama-sama berlatih dengannya.
Dia juga berjaya menjumpai teman wanita baharu yang sentiasa menyokong tindakannya. Apabila Shuangyong sudah menghampiri hari ke-seribu, badan dia sudah berotot dan sudah berlari sejauh 20,000km.

Foto: Twitter
Mangaka One Punch Man iaitu One sendiri juga menyedari perkara ini dan mengucapkan tahniah untuk Shuangyong.
Shuangyong kini dalam cubaan mendapatkan Guinness World Record dengan berlari marathon untuk setiap hari dalam setahun.
One Punch Man musim ketiga dijangka akan ditayangkan pada Oktober 2025 ini.

setahun yang lepas