Pempengaruh terkenal iaitu Soloz dan Daddy Hood akan menyertai M3 KOL Carnival yang dilancarkan oleh Moonton bermula pada esok hari.
Mereka akan bersama XK Penjahat, Ombong dan Ikuto menentang pempengaruh dari Indonesia dan juga Filipina.
Pasukan dari Indonesia akan diwakili oleh Kelvin Gaming, Heroisgod, Brandon Kent, Dwiwoii dan Markocop manakala pasukan Filipina pula adalah BobongGamer, Thirdy Gaming, Sumpak, Coco Sampang Magedad dan Yuji.
Perlawanan akan bermula pada jam 8 malam esok dan anda boleh menyaksikan ia secara langsung di Youtube Mobile Legends: Bang-Bang.
Mari kita sama-sama berikan sokongan kepada pasukan Malaysia pada esok hari.
Foto: MPL MY

setahun yang lepas