MGS, Setiausaha di Desa Cipaku, daerah Kadipaten di Majalengka, Jawa Barat kini menjadi suspek penyelewengan duit Dana Desa bagi tahun 2025.
MGS disyaki mengalihkan dana sebesar Rp513,699,732 (RM134 ribu) untuk kepentingan peribadi termasuk bermain judi atas talian dan membeli diamonds iaitu mata wang virtual Mobile Legends: Bang Bang.
“Pasukan kami menyoal siasat lebih 11 orang saksi dari peringkat desa, Badan Permusyawaratan Desa (BPD) dan lain-lain. Sebanyak 72 dokumen bukti dikumpulkan yang memiliki kaitan kuat dengan setiap transaksi kewangan tahun 2025,” ujar Hendra Prayoga Ketua Pidana Khusus Kejaksaan Negeri iaitu salah satu badan pencegah rasuah Indonesia.
Ketika disoal siasat, MGS mengakui kesalahannya kerana sengaja memindahkan dana desa dari akaun rasmi Desa Cipaku ke akaun peribadinya.

Foto: MOONTON Games
“Jumlah wang yang besar itu digunakan MGS untuk perjudian atas talian dan membeli diamond. Daripa jumlah keseluruhan Rp513.699.732 (RM134 ribu), suspek hanya memulangkan sekitar Rp65 juta (RM17 ribu). Baki Rp448,315,756 (RM117 ribu) tidak dapat dipertanggungjawabkan,” tambah Hendra Prayoga.
Suspek kini ditempatkan di Penjara Kelas IIB Majalengka untuk menjalani proses perbicaraan.
Kes ini terbongkar disebabkan hasil laporan orang awam dan kemudiannya disiasat oleh Kejari Majalengka.
MGS membuat penyelewengan ini dalam masa hanya sebulan secara berperingkat dari Februari sehingga Mac. Hal ini membuatkan aktivitinya sukar untuk dikesan secara langsung.
Hukuman yang akan disabit jika didapati bersalah adalah penjara minimum 4 tahun atau secara maksima 20 tahun mengikut undang-undang Indonesia.
Rujukan: KOMPAS

setahun yang lepas