Berita baik buat peminat francais Kingdom Hearts.
Walaupun penutupan Kingdom Hearts Missing-Link diumumkan semalam, Kingdom Hearts IV masih hidup dan dalam pembikinan.
Cubaan Square Enix untuk menenangkan hati peminat Kingdom Hearts nyata berjaya dengan perkongsian tangkap layar (screenshot) Kingdom Hearts IV baharu.
To our Kingdom Hearts community,
We’re currently working hard on Kingdom Hearts IV and will continue pouring ourselves into the game’s development. We’re dedicated to making this an experience that lives up to your expectations! [1/2] pic.twitter.com/4lbg6l2ErZ
— KINGDOM HEARTS (@KINGDOMHEARTS) May 15, 2025
Square Enix mengatakan mereka akan berkongsi lebih banyak lagi maklumat mengenai Kingdom Hearts IV pada masa yang sesuai.
Foto: Square Enix
Tangkap layar yang besar menunjukkan Sora sedang berlawan sambil meluncur di atas rantai.
Terdapat juga beberapa heartless baharu juga dapat dilihat.
Dalam tangkap layar yang kecil terdapat King Mickey di dalam tempat seperti perpustakaan.
Kingdom Hearts IV diumumkan sejak April 2022 lagi tetapi tarikh pelancaran permainan ini masih lagi dalam misteri sehingga diumumkan Square Enix nanti.

setahun yang lepas