Team Falcons ambil alih roster AP Bren, bakal sertai SPS Challenge Finals di Johor Bahru

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Organisasi e-sukan Arab Saudi, Team Falcons kini mengambil alih roster AP Bren di Liga Profesional Mobile Legends Filipina (MPL PH).

Ini selari dengan peraturan di Esports World Cup (EWC 2025) yang tidak membenarkan kolaborasi antara pasukan untuk layak bertanding. Seperti sebelum ini, contohnya Team Liquid berkolaborasi dengan Aura PH.

Selain itu, mereka (Team Falcons) juga mengumumkan akan bertanding di Snapdragon Pro Series (SPS) Challenge Finals di Johor Bahru tidak lama lagi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ESL Malaysia (@eslmalaysia)

Mengikut peraturan, kelayakan mereka di kejohanan SPS itu sah kerana slot jemputan diberikan kepada pemain dan bukannya organisasi.

SPS Challenge Finals dibarisi pasukan-pasukan hebat seperti di bawah. Hanya Selangor Red Giants (SRG) menjadi wakil tunggal Malaysia di kejohanan ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ESL Malaysia (@eslmalaysia)

Ia mengumpulkan 12 pasukan merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$150,000 (RM674,000) dan lima pasukan teratas akan layak ke Mobile Masters 2025 pada bulan April. 

RELATED NEWS

+