Tencent Games, peneraju global dalam pembangunan, penerbitan dan pengendalian permainan video bakal tampil dengan penyertaan terbesar mereka di Gamescom 2025 yang berlangsung dari 20 Ogos hingga 24 Ogos di Cologne, Jerman.

Kali ini, mereka akan membawa pelbagai judul baharu dari internal studio dan rakan penerbitan, membincangkan bagaimana industri permainan video dapat mengurangkan pelepasan karbon dan memupuk kesedaran alam sekitar. Mereka juga akan berkongsi inovasi teknologi termasuk penyelesaian pembangunan berasaskan AI seperti GoSkinning dan MotionBlink yang direka untuk mengautomasi proses character skinning dan motion capture.

Selain itu, PUBG MOBILE akan memperkenalkan mod bertema hantu dalam Versi 4.0, bersama mod PvP Asimetri baharu, Unfail. Rust Mobile, adaptasi rasmi daripada Facepunch Studios, mengekalkan pengalaman survival penuh aksi seperti versi asalnya di PC. Terminull Brigade oleh PewPew Games, sebuah co-op action-roguelike shooter berlatarbelakangkan dunia maya yang runtuh turut dibawakan dengan pengalaman interaktif di reruai mereka.
Melalui penyertaan ini, Tencent Games mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi industri permainan, bukan sahaja mempamerkan teknologi dan kandungan kreatif, malah memacu kolaborasi global untuk membentuk masa depan permainan video yang lebih mampan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

setahun yang lepas