Tundra Esports juara BLAST Slam IV Singapore 2025 Dota 2

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Organisasi esukan British, Tundra Esports muncul juara BLAST Slam IV pada malam Ahad di Singapore Indoor Stadium dengan membawa pulang hadiah AS$300,000 selepas menewaskan Team Falcons 3-2 dalam Grand Final yang mendebarkan. Aksi berlangsung sengit hingga ke permainan penentu di mana Falcons bermula garang, namun Tundra bangkit untuk memenangi dua perlawanan terakhir.

Pertandingan bernilai AS$1 juta itu bukan sahaja menarik lebih 5,000 peminat di arena, malah siaran langsungnya disaksikan penonton dari 50 region dalam 15 bahasa rasmi, meraih lebih 21.9 juta tontonan. Edisi kali ini turut mengatasi Slam III, dengan lebih 6.7 juta jam tontonan, selain memecah rekod penonton puncak BLAST dengan lebih 289,000 penonton serentak.

Bermula sejak Oktober, 12 pasukan beraksi bagi merebut tempat ke pentas akhir di Singapore Indoor Arena, dengan enam pasukan terbaik mara ke acara arena Dota pertama BLAST. Ia benar-benar berskala global, menghimpunkan pemain dari 19 negara bertanding di Kota Singa.

Empat wakil Asia Tenggara turut bersaing, dengan bintang Indonesia Matthew “Whitemon” Filemon daripada Tundra Esports mengibarkan panji SEA di Grand Final. Jurulatih Tundra, David ‘MoonMeander’ Tan, juga kembali ke “rumah” setelah pernah menetap di Singapura selama 16 tahun. Kemenangan ini melanjutkan dominasi Tundra yang kini menjuarai semua tiga siri BLAST Slam pada 2025.

Aksi Dota seterusnya akan kembali Disember ini untuk BLAST Slam V di Chengdu, China. Enam pasukan lagi akan bertarung di Wuliangye Culture & Sports Center dari 5–7 Disember, dengan Tundra pastinya ingin mengekalkan rentak kemenangan mereka.

RELATED NEWS

+