Seorang pekerja eksekutif dari Singapura baru-baru ini dipenjara kerapa menipu Ketua Pegawai Esekutif tempat kerjanya dalam memberi AS$500,000 (RM2.2 juta).
Malangnya duit syarikat peralatan biomedikal itu tidak digunakan sebaliknya dibelanjakan untuk membeli kad Pokemon dan bersuka-ria.
Foto: Straits Times
Menurut Strait Times, Linberg Yeo Yu Wei, 27, menipu bosnya untuk memberikan AS$501,173 ke akaunnya sendiri.
Yeo mempunyai jawatan dimana dia perlu membuat proses pembayaran kepada vendor dan bosnya akan meluluskan pemindahan wang itu selepas disahkan oleh Pengurus Kewangan dan Ketua Pegawai Esekutif.
Dia membuat satu pembayaran palsu untuk memasukkan wang itu terus ke akaun persendirian.
Pada November 2023, sumber manusia syarikat itu menyedari terdapat lebih AS$24,840 (RM108 ribu) dimasukkan ke akaun Yeo.
Selepas dipersoalkan dia kemudian memulangkan wang itu semula. Disebabkan itu, satu laporan polis dibuat dan Yeo ditangkap pada 5 Januari 2024.
Yeo menggunakan wang itu untuk membeli kad Pokemon, membayar hutang dan kad kredit, membeli jam Rolex, iPad, pergi bercuti dan berjudi.
“Disebabkan dia (Yeo) mahu menggunakan lebih banyak duit, dia membuat satu dokumen palsu untuk meminta pembayaran bagi menipu Ketua Pegawai Esekutif sebagai pembayaran dari vendor yang betul,” ujar Goh Qi Shuen, Pendakwa Raya.
Peguam Yeo mengatakan kliennya tidak mendapat layanan yang baik sehingga menyebabkan dia melakukan jenayah ini dan sudah memulangkan semula kesemua duit kepada syarikat itu.
Pelaku kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 19 bulan atas pengakuan menipu.

setahun yang lepas