Versi global bagi JRPG dari Square Enix iaitu Romancing SaGa: Re;univerSe akan menamatkan operasinya pada 1 Disember ini selepas empat tahun dilancarkan.
Ia adalah permainan gacha yang percuma untuk dimainkan dan anda membawakan peranan sebagai Polka dalam misi menyelamatkan Liz, “budak ke-500” dan bekerjasama dengan Grave Knights dalam pengembaraan itu.
— Romancing SaGa Re;univerSe (@reuniverse_en) September 30, 2024
Ia menawarkan sistem perlawanan auto (auto-combat) sama seperti game gacha lain.
Sebab penutupannya mungkin kerana hasil pendapatannya dikira dari versi Jepun saja. Biarpun permainan mudah alih ini menawarkan sistem Gacha yang wajar namun pastinya situasi ini dijangka akan berlaku.
Mungkin selepas ini ramai akan berpindah versi ke versi Jepun kerana ia adalah satu-satunya versi yang ada dan tidak akan ditutup buat masa ini.
Sumber rujukan: gamingonphone
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas