Wanita-wanita Jepun boleh berkahwin dengan Kazuma Kiryu dengan harga RM3,900

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Baru-baru ini satu gambar seorang wanita di Jepun berkahwin dengan karakter ikonik Like a Dragon Kazuma Kiryu sudah viral.

Pada 9 Disember lepas, beberapa foto disebarkan di X menunjukkan seorang wanita Jepun memakai gaun perkahwinan dengan Kazuma Kiryu.

Foto: Automaton

Ramai menyangka bahawa ini adalah perkahwinan sebenar tetapi itu bukanlah kisah sebenar.

Hanya promosi acara Like a Dragon

Wanita itu tidak berkahwin secara sah dengan Kiryu tetapi hanya menyertai satu acara rasmi Like a Dragon dimana peminat boleh mengadakan perkahwinan palsu dengan karakter kegemaran mereka dari Like a Dragon.

Acara ini diadakan bersempena sambutan ke-20 siri ini dan didatangi dengan tempat seakan dewan kahwin dan 11 panel saiz sebenar karakter seperti Kiryu, Majima, Ichiban, Seohee dan lain-lain.

Peminat hanya perlu membayar 150,000 yen (RM3,900) untuk gambar mereka diambil bersama-sama karkter tersebut disamping dihias dengan gaun perkahwinan pilihan sendiri.

Pameran Four Ceremonies of Life ini diadakan di Tokyo pada 28 – 22 Disember 2025 dan Osaka pada 6 Februari – 24 Februari 2026.

Bulan lepas juga telah tular seorang wanita di Jepun yang berkahwin dengan karakter AI yang telah dicipta olehnya menggunakan ChatGPT.

TAGS

RELATED NEWS

+