Overwatch season kali ini memang sarat dengan kandungan baru, dari hero Support tema vampire, kolaborasi anime Solo Leveling sehingga ke perubahan role hero yang sudah lama dinantikan oleh pemain.
Ini Trailer Overwatch Musim 5: A Grim Doctrine
Hero Support Baru: Doctrine Vampire Sibernetik
Hero ke-54 Overwatch kini telah melepaskan diri dari penjara Watchpoint: Grímsvötn bersama Doomfist ini membawa tema vampire fantasy:
-
Eternal Scepter & Drones: Heal ahli pasukan atau mengenakan damage pada musuh dari jarak sederhana dan jauh.
-
Infuse: Kuatkan skil untuk efek tambahan lebih untuk kesemua kit Doctrine.
-
Ultimate: Boleh seimbangkan semula HP di padang tempur dan memberi Overhealth pada rakan sepasukan sambil mengurangkan max HP musuh!
Peta Escort Baru: Watchpoint: Grímsvötn

Foto: Overwatch Blizzard
Lokasi kubah gunung berapi di Iceland yang dipenuhi lava berapi dan ais. Dulu penjara kawalan ketat, kini ditawan oleh Talon selepas insiden Doomfist membebaskan Doctrine.

Foto: Overwatch Blizzard
Sombra Tukar Role Support & Rework Roadhog
-
Sombra kini Support Tactician:

Foto: Polygon
Skill baru Hotfix boleh heal pasukan tanpa memecahkan stealth, manakala Cyberspace memberi heal zone serta status Weaken pada musuh.
-
Roadhog:
Foto: Overwatch Blizzard
Scrap Gun kini menembak dua burst serentak. Skill baru Trash Compactor pula boleh sedut projectile musuh dan tembak balik dengan impak letupan untuk damage yang padu!
Kolaborasi Overwatch x Solo Leveling (Shadow Monarch)
Bermula 6 hingga 26 Oktober, Gate dibuka untuk kolaborasi anime gempak. Dapatkin skin Shadow Monarch di Shop:

Foto: Overwatch Blizzard
-
Genji × Sung Jinwoo
-
Reaper × Igris
-
Anran × Cha Hae-In
-
Reinhardt × Iron
-
Lifeweaver × Choi Jong-In
Mod Halloween & Battle Pass Musim Lepas Boleh Dibuat Semula!
-
Mystery Madness: Graveyard Games (6 Okt – 2 Nov): Setiap kali mati, korang akan respawn dengan kuasa rawak baru. Collect Offerings untuk undi Ashe, Moira, atau Winston keluar dari kubur!
-
Unvaulted Battle Pass: Boleh selesaikan semula Battle Pass dari Season 1 hingga 15 secara serentak dengan Battle Pass semasa tanpa risau tamat tempoh. Perlu diingatkan Unvaulted Battle Pass tidak akan mempunyai Mythic Skin, Mythic Prism, Overwatch Coins dan Title lama.
-
Mythic Skins Baru: Dragon Shaoxia Wuyang (Mythic Hero) dan Treblemaker Lucio Mythic Weapon dengan katak menari di dalam senjatanya.

Foto: Overwatch Blizzard

Foto: Overwatch Blizzard
-
Tech Witches Collection: Skin bertema ahli sihir futuristik untuk D.Mon, Shion, Juno, Sierra, dan Jetpack Cat (9–26 Oktober).
Kemas kini terbaru ini sudah boleh dimain oleh pemain Overwatch! Korang paling teruja nak cuba Sombra Support atau Roadhog Rework?
Muat turun Overwatch di pelantar Steam, Battlenet, Epic Games Store, dan konsol.

2 tahun yang lepas