Microsoft dilaporkan sedang membangunkan peranti handheld gaming terbaru berjenama Xbox dengan kerjasama syarikat pembina PC.
Menurut laporan dari WindowsCentral, Microsoft mungkin bekerjasama dengan Original Equipment Manufacturer (OEM) besar seperti ASUS, Lenovo, MSI atau Razer.

Gambar: Gambar hiasan Xbox handheld dari Windows Central
Peranti baru ini juga berkemungkinan akan menggunakan sistem Windows 11 baharu untuk kegunaan sepenuhnya memberikan pemain akses kepada PC Game Pass, Microsoft Store dan pelantar lain seperti Steam.
Jika Microsoft benar-benar mahu menembusi pasaran handheld gaming, peranti Windows ini bakal akan mempunyai tema konsol yang lancar dan mudah untuk orang ramai.
Terdapat juga laporan mengatakan Xbox generasi baharu akan diumumkan pada tahun 2027 nanti.

setahun yang lepas