SMBC Consumer Finance melaporkan bagaimana warga muda di Jepun menggunakan wang mereka untuk permainan video."> SMBC Consumer Finance melaporkan bagaimana warga muda di Jepun menggunakan wang mereka untuk permainan video." /> SMBC Consumer Finance melaporkan bagaimana warga muda di Jepun menggunakan wang mereka untuk permainan video." />

1 dalam 5 orang muda Jepun menghadapi masalah kewangan akibat game gacha

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Tinjauan dari SMBC Consumer Finance melaporkan bagaimana warga muda di Jepun menggunakan wang mereka untuk permainan video.

Laporan ini juga diterjemah oleh Automation Media.

Tinjauan ini dibuat pada Februari lalu dimana 1,000 peserta berusia 20-29 tahun disoal mengenai penggunaan wang untuk gaya hidup termasuk membeli barang in-game.

Foto: HoYoverse

Lebih mengejutkan sekitar 18.8% mengaku mereka membelanjakan wang untuk game gacha sehingga tidak dapat menampung kos untuk kehidupan seharian.

Manakala 23.9% daripada peserta menyesal kerana membelanjakan wang untuk membeli item di dalam game.

Foto: InFold Games

Data itu juga menunjukkan 17.9% peserta cenderung untuk membelanjakan wang demi mendapat kelebihan dalam permainan video yang mereka main. Penerimaan menggunakan wang untuk game ini juga menjadi lebih banyak diterima sejak tahun lepas.

Menarik perhatian juga apabila sebanyak 20.8% peserta mengatakan mereka tidak dapat menikmati permainan video.

Foto: Papergames

Perkara ini menjadi serius kerana kes sebegini pernah terjadi kepada seorang lelaki berusia 31 tahun di Jepun sehingga sanggup mencuri wang neneknya.

Jika 1 dalam 5 pemuda sanggup menggunakan wang mereka untuk mengejar ketagihan — sesuatu perkara perlu diubah kerana tinjauan ini hanya dibuat di Jepun dan bagaimanakah negara lain yang juga mempunyai tabiat untuk bermain permainan video gacha?

TAGS

RELATED NEWS

+