Salah seorang pengilustrasi Arknights yang terkenal telah dipecat kerana kesalahan plagiarisme mencuri aset dari Monster Hunter.
Cenm0 adalah salah seorang artis Arknights yang sangat popular dan dikenali ramai dengan rekan karakter dan skin Bubble, Jessica, Rockrock, Shalem, Tachanka, Ray dan Ascalon.
Baru-baru ini Cenm0 telah ditangkap menggunakan aset dari Monster Hunter untuk salah satu skin terbaru Ascalon.

Foto:Reddit
Peminat Arknights menyedari mantel milik Ascalon mempunyai rekaan yang sangat sama dengan sayap Shagaru Magala iaitu salah satu Elder Dragon paling terkenal dalam Monster Hunter.
Satu ciapan menunjukkan hal ini berlaku dan menjadi sangat viral di China.
Cenm0, an artist for Arknights, a game that previously had a monster hunter crossover, was just fired for using Gore Magala textures in a new character skin.
byu/Frequent-Ad1982 inMonsterHunter
Pembangun Arknights Hypergryph menyedari perkara ini dan menukarkan rekaan mantel tersebut selepas siasatan dibuat.
Malang buat Cenm0 dia mengaku atas kesalahan ini dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Pada 23 Jun lepas, Cenm0 di pelantar Weibo telah membuat satu pos mengatakan dia telah dipecat.

Foto: Reddit
“Saya telah mengemas barang-barang dari meja kerja dan skrin digital, saya memohon maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua. I terima semua hukuman yang telah dibuat oleh pasukan projek. Orang ramai patut menanggung akibat atas kesalahan mereka.” ujar Cenm0.
“Ascalon adalah karakter yang sangat menawan. Kecantikannya adalah hasil daripada kerja keras ramai orang. Sebagai salah satu pencipta, saya sepatutnya menjaga imej Ascalon, tetapi saya memperkenalkan kecacata.” tambah Cenm0 lagi.
Hypergryph masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi atas pemecatan Cenm0, tetapi skin Ascalon tersebut telah dikemaskini supaya tiada lagi plagiarisme.

Foto: Hypergryph

setahun yang lepas