Berita baik buat peminat di Malaysia, anda kini boleh bermain Silver and Blood dari MOONTON Games.
Vizta Games, syarikat dibawah MOONTON Games kini akan melancarkan beta terbuka untuk permainan video 2D bertemakan gothic ini. Silver and Blood boleh dimainkan di beberapa negara termasuk Malaysia.

Foto: MOONTON Games
Ia adalah RPG fantasi gelap di tempat yang digelar Minexus.
Dalam permainan ini anda akan bermain sebagai Noah Nevernight, seorang lelaki dari bandar kecil yang tersangkut dengan takdir yang tidak dapat dielak.
Permainan ini akan memperkenalkan 45 Vassals dari 4 faction unik. Setiap Vassals akan mempunyai identiti, penceritaan dan kuasa mereka masing-masing.
Bagaimana cara untuk bermain Silver and Blood?
Beta ini hanya terbuka untuk pemain dari Malaysia, Taiwan, Thailand, Macau, Korea Selatan, Singapura dan Jepun sahaja.
- Anda perlu mempunyai akaun Google dari negara tersebut.
- Pemain dari luar negara yang disenaraikan memerlukan VPN.
- Klik sini untuk muat turun Silver and Blood.
Nantikan Silver and Blood permainan baharu dari MOONTON Games.

setahun yang lepas