Anime bukan hanya dunia dari mata kanak-kanak sahaja.
Terdapat anime yang dicipta untuk orang muda dan ada juga anime yang dikategorikan sebagai Seinen.
Seinen adalah siri yang lebih matang yang dibuat untuk anda yang lebih tua selalunya dengan topik-topik berat atau banyak kekejaman.
Ini 5 Anime Seinen anda patut tonton:
1. Oshi No Ko
Oshi No Ko menceritakan realiti betapa sukarnya industri hiburan di jepun.
Anime ini juga memaparkan pembunuhan misteri disebalik misteri kuasa supernatural.
Menceritakan seorang doktor Gorou Amamiya yang perlu menjaga Ai Hoshino seorang idol yang sangat terkenal. Pada hari kelahiran Ai, Gorou kemudia dibunuh dan dihidupkan semula sebagai Aquamarine Hoshino iaitu anak kepada Ai.
Tanpa diketahui Ruby adik kembarnya juga dihidupkan semula dari Sarina Tendoji.
Mereka berdua hidup gembira bersama Ai tetapi semuanya berubah apabila suatu hari Ai dibunuh oleh individu sama yang membunuhnya dahulu.
2. Hellsing Ultimate
Vampire anime yang sentiasa diketahui ramai, dalam dunia Hellsing Alucard tidak menunjukkan klise vampire sama seperti anime lain.
Alucard seeorang vampire dan juga hamba setia kepada keluarga Hellsing.
Tetapi penceritaan aksi brutal dari Alucard akan membuat anda tercengang.
3. Land Of The Lustrous
Batu permata antropomorfik adalah sesuatu yang tidak disangka dari anime.
Menceritakan Phos, Land of the Lustrous iaitu Bumi kini terlalu toksik untuk manusia tinggal dan bumi juga diserang oleh Lunarians.
Setiap batu permata mempunyai kepupayaan dan kelebihan mereka masing-masing.
4. Pluto
Pluto adalah penceritaan dengan sedikit perubahan daripada salah satu babak dalam Astro Boy tetapi dari perspektif Gesicht.
Dia adalah ejen robot yang perlu menyelesaikan masalah kes pembunuhan manusia dan robot.
5. Vinland Saga
Vinland Saga adalah satu anime yang penuh dengan kegelapan, peperangan dan banyak putaran sejarah yang menarik.
Menceritakan Thorfinn yang menyertai Vikings dan peperangan selepas bapanya mati di tangan Askeladd.
Musim pertama memberi fokus kepada Thorfinn yang penuh amarah dan semangat ingin balas dendam.
Anime seinen apa lagi yang anda mahu tonton?

setahun yang lepas