Anime Code Geass: Aspar the Star Chaser diumumkan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Code Geass baru sahaja mengumumkan projek besar mereka iaitu Code Geass: Aspar the Star Chaser.

Tidak lama lagi Code Geass bakal menyambut ulang tahun ke-20 mereka dan projek ini adalah salah satu projek dalam pelan 10 tahun Code Geass.

Foto: Sunrise

Code Geass: Aspar the Star Chaser masih belum mengumumkan tarikh tayangan mahupun sinopsis.

Format anime ini sama ada anime televisyen, projek OVA atau filem masih belum diumumkan.

Anime baru ini akan diarah oleh Kazuya Nomura (Bandai Namco FIlmworks), skrip dari Mado Nozaki, rekaan karakter dari Rolua, dan efek khas dari Junbun Lin. 

Code Geass telah menjadi antara francais anime mecha yang sangat disukai ramai dan sejak beberapa tahun ini banyak promosi dan anime baru Code Geass telah ada.

 

RELATED NEWS

+