Daemons of The Shadow Realm – Anime seterusnya dari mangaka Fullmetal Alchemist

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Hiromu Arakawa adalah nama yang tidak asing lagi buat orang ramai dalam industri anime.

Dialah mangaka disebalik ciptaan adik beradik Elric dari Fullmetal Alchemist yang sangat-sangat terkenal.

Foto: Square Enix | Aniplex | Bones

Daemons of The Shadow Realm atau Yomi no Tsugai bakal diadaptasi ke anime oleh studio yang sama membuat Fullmetal Alchemist.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Crunchyroll (@crunchyroll)

Manga ini keluar pada tahun 2021 secara bulanan yang baru sahaja mencapai bab 41.

Daemons Of The Shadow Realm adalah dunia yang mempunyai makhluk ghaib sentiasa wujud sebagai satu pasangan digelar Daemons.

Kali ini menceritakan dua adik-beradik kembar lelaki dan perempuan iaitu Yuru dan Asa yang lahir ketika siang dan malam bertemu dan ditakdir kan menjadi pemerintah Daemon yang wujud di dunia.

Kedua-dua kembar ini terpisah dari kecil dan tidak mengetahui mengenai kebenaran disebalik kelahiran mereka.

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman mengenair tarikh tayangan episode pertama Daemons Of The Shadow Realm.

RELATED NEWS

+