16 tahun penantian, ChuChu akhirnya berjaya kejar impian di Riyadh, Saudi

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Alhamdulillah sangat, Allah bagi rezeki untuk peluang menjadi wartawan dan penginterviu di Honor of Kings Invitational Midseason di Riyadh, Arab Saudi,” itu kata-kata ringkas Andriyana Ghazali atau ChuChu Gaming, satu nama yang tidak asing dalam e-sukan.

Ibarat satu perjalanan baharu dalam e-sukan, karier ChuChu kini ke tahap lebih tinggi selepas diumumkan sebagai penginterviu (Bahasa Inggeris) bagi kejohanan HOK itu yang juga sebahagian dari Esports World Cup. Dia juga adalah satu-satunya talent wanita dari Malaysia yang mendapat peluang itu.

PELUANG JARANG ADA

Foto: @chuchugaming | Instagram

“Biasanya saya mengulas dari rumah. Alhamdulillah kali ini dapat keluar dari Asia. Ia satu penghargaan yang tidak terhingga buat saya.

“Dari tahun 2008, saya menyertai bidang e-sukan dan selepas 16 tahun, baru nampak hasilnya. 

“Asalkan kita sabar, insya-Allah, kena jaga hubungan dengan Allah. Jangan lupa kerja keras, yakin diri dan berhenti bandingkan diri kita dengan orang lain. Perbuatan ini (membandingkan) sebenarnya tak sihat,” kata ChuChu ketika dihubungi MyGameOn.

Foto: @hok_global_esports | Instagram

ChuChu berkata, ini juga menjadi peluang buatnya untuk kenal cara orang lain bekerja dan timba pengalaman baru.

“Banyak boleh belajar macam dari segi production, boleh nampak dan tengok sendiri bagaimana mindset mereka ketika bekerja.

“Alhamdulillah semua positif, saya belajar budaya mereka dan mereka banyak beri tunjuk ajar, tidak lokek ilmu,” katanya.

HOK, PELUANG BARU UNTUK MALAYSIA BERSINAR

Dia menambah, acara EWC ini membuka matanya mengenai peluang untuk berkarya dalam e-sukan yang berbeza genre.

“Dari pengamatan saya, HOK ini mempunyai gaya permainan lebih berbeza kerana perlukan kerjasama yang tinggi. Komuniti juga sangat positif. Saya memang nak pasukan Malaysia hebat dalam game ini kerana inilah peluang kita tunggu untuk negara kita jadi juara dunia lagi selain SRG (MLBB).

HOK Invitational Midseason akan bermula esok hingga Ahad, mengumpulkan 12 pasukan terbaik dunia merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$3 juta (RM14 juta).

Ia adalah sebahagian dari acara Esports World Cup yang turut mempertandingkan pelbagai judul e-sukan contohnya MLBB, Call of Duty, Dota 2, League of Legends dan lain-lain.

Tiga pasukan Malaysia, Team Secret, LGD Gaming MY dan Weibo Gaming MY akan bertarung manakala halangan utama mereka adalah KPL Dream Team dari China yang membariskan pemain-pemain hebat dipilih dari berbagai pasukan China yang gah untuk membentuk satu skuad ‘all star’ yang kuat.

RELATED NEWS

+