9,000 staf di Microsoft dibuang dimana majoriti daripada mereka adalah dari Xbox dan pembangun permainan video yang lain."> 9,000 staf di Microsoft dibuang dimana majoriti daripada mereka adalah dari Xbox dan pembangun permainan video yang lain." /> 9,000 staf di Microsoft dibuang dimana majoriti daripada mereka adalah dari Xbox dan pembangun permainan video yang lain." />

200 staf King yang dibuang akan digantikan dengan AI yang mereka sendiri bina

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pada dua minggu lepas ini lebih 9,000 staf di Microsoft dibuang dimana majoriti daripada mereka adalah dari Xbox dan pembangun permainan video yang lain.

200 staf daripada senarai pembuangan itu adalah dari permainan video sosial King.

King sangat dikenali ramai sebagai pembangun permainan video teka-teki terbesar dunia iaitu Candy Crush Saga.

Foto: King

“Hampir kesemua pasukan pereka level dibuang. Ini sangat mengejutkan selepas berbulan-bulan kami berjaya membina satu perisian pembinaan yang membantu mengeluarkan level dengan lebih cepat. Itulah perisian AI yang akan menggantikan kami selepas ini,” ujar bekas staf King.

Foto: King

Pasukan penceritaan dalam King juga sudah dikecilkan. “Pasukan penulis iklan juga dibuang kerana sudah wujud satu peralatan AI untuk membuat perkara yang sama seperti pasukan ini lakukan,”

Bekas staf itumengatakan ini adalah kerja gila menggantikan staf yang ada dengan perisian AI.

Setakat ini tahap motivasi di syarikat ituadalah sangat rendah selepas ramai rakan staf mereka dibuang.

RELATED NEWS

+