Roblox beri jaminan tingkatkan keselamatan pemantauan manusia – Hannah Yeoh

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Roblox permainan video popular baru-baru ini kini memberi jaminan akan mempertingkat tahap keselamatan mereka melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pemantauan manusia.

Menurut laporan dari Berita Harian, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengatakan Roblox memaklumkan mereka bersedia untuk bekerjasama  dengan kerajaan untuk perkongsian data dan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Foto: Hannah Yeoh Facebook

“Kita mahu dunia digital yang bukan saja menyeronokkan, tetapi juga membina karakter dan nilai yang betul untuk generasi akan datang,” katanya.

Sabtu lepas, seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun parah apabila lehernya dikelar abangnya yang berusia sembilan tahun dengan objek taham di Kampung Parit Nipah, Parit Raja, Batu Pahat.

Di Malaysia sahaja Roblox mempunyai lebih 1 juta pengguna.

Foto: Roblox Corporation

“Dengan capaian sebesar ini, tanggungjawab melindungi pengguna muda tidak boleh dipandang ringan.” tambahnya lagi ketika perbincangan bersama Roblox.

Hannah Yeoh mengatakan sebagai menteridan juga seorang ibu, dia sangat risau apabila melihat sesetengah permainan dalam talian boleh memperanguhui tingkah laku dan emosi kanak-kanak.

RELATED NEWS

+