Banyak hero-hero yang ada dalam Honor of Kings tetapi terdapat beberapa hero yang sentiasa disangka tidak kuat dan jarang digunakan.
Hero-hero yang dipandang rendah ini sentiasa boleh mengejutkan ramai orang dengan gaya permainan yang tidak boleh diramal musuh.
Ini 5 Hero selalu dipandang rendah dalam Honor of Kings:
1. Guan Yu

Guan Yu adalah hero yang sering dipandang rendah kerana kesukaran untuk mengekalkan pasifnya.
Tetapi hero ini mempunyai keupayaan untuk mengganggu hero-hero yang mudah mati seperti Marksman dan Mage.
Keupayaan Guan Yu untuk masuk dan keluar dalam peperangan dengan cepat menyebabkan kesukaran untuk pihak lawan.
2. Di Renjie

Di Renjie sering menjadi marksman yang jarang digunakan dalam HOK.
Hero ini sering dipandang rendah kerana dia mempunyai damage yang konsisten bukannya burst yang tinggi seperti marksman lain.
Tetapi di tangan orang yang pandai menggunakannya, Di Renjie bakal menjadi hero yang sangat sukar untuk dibunuh dan damage konsisten yang dibuat boleh memastikan 2-3 hero terkena damage serentak dan menjadi sangat menyakitkan.
Di Renjie juga adalah marksman yang selalunya mengharapkan komposisi hero yang sesuai untuk digunakan kerana pada fasa early game dia sangat memerlukan pertolongan Roaming hero yang lain.
3. Ata

Ata adalah hero yang jarang digunakan di Clash Lane ataupun Jungle.
Antara hero yang paling tank dalam Honor of Kings adalah Ata dan sangat membantu untuk anda kekal berada di hadapan ketika war dan membolehkan ahli pasukan untuk membantu anda dari belakang.
Skill 1 dan Skill 2 Ata juga membuat damage yang tinggi disamping mempunyai stun kecil.
Skill 3 Ata juga membantu untuk menghalang hero-hero yang tidak mempunyai mobiliti sekaligus menangkap mereka.
4. Nuwa

Nuwa adalah antara mage yang jarang digunakan dan sering dipandang rendah.
Tetapi jika anda berjumpa dengan Nuwa yang hebat, dia adalah burst mage yang damagenya sangat tinggi disamping boleh menghalang musuh dari melarikan diri dengan Skill 2.
Dia juga mampu untuk teleport jauh samada untuk melarikan diri atau menangkap hero-hero musuh yang mahu lari.
Ditambah dengan Ultimate global yang ada, Nuwa dapat mengganggu kesemua lane mudah dengan menunggu di mid sahaja.
5. Huang Zhong

Huang Zhong juga antara marksman yang sangat jarang digunakan dalam HOK.
Walaupun sedikit lemah sebelum level 4, Ultimate Huang Zhong selalu dipandang rendah damagenya dan memerlukan bantuan Raoaming ketika fasa awal permainan.
Damage Ultimate ini tersangat tinggi dan sentiasa membuatkan orang terkejut terutama bila digunakan ketika war atau untuk push tower.
Huang Zhong adalah hero yang banyak menggunakan basic attack tetapi posisi amat penting terutamanya apabila terdapat assassin musuh yang akan sentiasa mencarinya.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas