Baru-baru ini terdapat beberapa manhwa baru yang menarik minat ramai orang.
Ada yang menjadi sekuel dan ada juga yang baru dan unik.
6 Manhwa baru anda patut baca:
1. The Executioner

Foto: Naver Webtoon
Hero tidak boleh membunuh Villain tidak kira betapa jahat mereka ini.
Menceritakan Gangyu apabila dunianya berubah ketika satu Villain membunuh kesemua party Gangyu dan membunuh abangnya di penjara.
Gangyu kemudian bersumpah untuk tidak lagi memberi muka kepada para-para Villain.
Dia kini menjadi tukang bunuh untuk membunuh Villain di penjara.
2. Bad Born Blood

Manusia sudah tidak lagi tinggal di Bumi.
Sebaliknya manusia mampu untuk mengembara jauh ke seluruh alam semesta.
Dalam dunia ini menceritakan Luka yang hidup dalam kesusahan berjaya memasuki akademi untuk menjadi Imperial Guard.
3. Solo Leveling: Ragnarok

Foto: D&C media
Sekuel kepada Solo Leveling.
Menceritakan Sung Suho anak kepada Sung Jinwoo yang kini berada di dalam bumi yang sama seperti kehidupan lalu ayahnya yang penuh dengan dungeon dan raksasa.
Tetapi terdapat satu entiti besar yang mahu menguasai Bumi selepas ayahnya terpaksa keluar ke alam semesta untuk berperang.
4. Magic Academy’s Genius Blinker

Menceritakan seorang manusia yang dihantar masuk ke dunia permainan video yang dia main.
Tetapi dalam banyak-banyak karakter, dia menjadi Baek Yuseol yang juga karakter paling susah dan teruk tetapi hanya mampu mengguna satu jenis magic sahaja iaitu Blink.
5. The Zenith

The Zenith menceritakan Ma Jinwol yang sudah dikurung kerana banyak masalah ditimbulkannya di dunia Murim.
Dia akhirnya keluar selepas terperangkap beberapa ribu tahun.
Bumi kini berbeza dan manusia akhirnya mengetahui bahawa terdapat Alien di luar sana.
Dia kini terpaksa menyertai GSP satu pertandingan berlawan di antara setiap tamadun dimana lebih tinggi kedudukan anda lebih baik tamadun anda akan dilayan.
6.Bones
![Bones] Anyone still remember this? 😭 It's finally coming back soon after one year : r/manhwa](https://i.redd.it/1mt2nprb8spd1.png)
Bones menceritakan dunia dimana manusia mempunyai kuasa dan dunia juga mempunyai hero dan villain.
Ji Hyun yang dibuli dengan sangat teruk sehingga kehilangan segalanya mahu membalas dendam.
Suatu hari dia kemudiannya ditanam hidup-hidup oleh pembulinya.
Selepas beberapa tahun dia akhirnya berjaya pulang dan ingin membalas dendam.
Apa lagi manhwa baru yang patut dibaca?

setahun yang lepas