Solo Leveling: Ragnarok hanya spin-off ‘fanservice’ bukan sekuel sebenar – Chugong Penulis Solo Leveling

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Beberapa minggu lepas, ramai peminat Solo Leveling terkejut apabila web novel Solo Leveling: Ragnarok dihentikan Chugong.

Penulis asal Solo Leveling Chugong akhirnya menjawab persoalan ramai peminat Ragnarok.

“Ragnarok hanya spin-off yang dicipta untuk ‘fanservice’ ujar Chugong di X.

Kenyataan ini dijawab oleh Chugong ketika ditemuduga oleh LitRes iaitu servis digital dan audiobook terbesar dari Rusia.

“Ragnarok adalah sebahagian daripada dunia Solo Leveling tetapi bukan penyambungan cerita plot utama. Ragnarok sama seperti “What if” Marvel. ” tambahnya lagi.

Foto: PaPyrus

Chugong juga ada memberitahu dia sengaja membiarkan Solo Leveling sedikit tergantung untuk beberapa babak penceritaan supaya pembaca dapat berfikir sejenak.

Penulis itu juga berkata dia menyukai kesemua jenis Solo Leveling yang ada tidak mengira anime, webtoon dan webnovel.

Tambahan lagi, Chugong mengatakan dia masih mempertimbangkan menulis sekuel Solo Leveling sendiri.

 

RELATED NEWS

+