Khas buat semua Commander NIKKE, acara Kafe Maid Coin Rush bersama NIKKE akan diadakan di Malaysia.

Kafe Maid ini akan mengambil inspirasi tema Bunny yang akan berlangsung sehingga 18 Jun ini di Craft Cafe Taman Connaught.
Terdapat pelbagai aktiviti yang akan ada termasuk persembahan dari skuad Bunny yang juga akan menjamu anda dengan makanan bertemakan skuad Bunny.

Commanders boleh mendapatkan servis Bunny Squad khas seperti gaya karakter Bunny Squad, gambar selfie, dan permainan mini bersama Bunny Squad.
Bunny Squad akan terdiri daripada beberapa cosplayer terkenal di seluruh Malaysia seperti Yucca, Fishie, Sayuuki, Ebi dan lain-lain.

Tambahan lagi, setiap topup yang anda buat, anda juga layak untuk menyertai Coin Rush Merch Giveaway Bonanza di mana pemain akan berpeluang untuk memenangi hadiah barangan NIKKE.
Acara ini akan dibuat di Craft Cafe terletak di Taman Connaught, 56000 Kuala Lumpur.

Kemasukan adalah terhad untuk orang yang datang terus ke kafe ini.
Lebih baik adalah untuk setiap pemain dan peminat yang berminat membuat penempahan di sini.

setahun yang lepas