Level Infinite mengumumkan acara kemuncak ulangtahun ke-3 Goddess of Victory: NIKKE akan tiba 30 Oktober ini.
Sambutan istimewa ini akan membawa Commander ke jalan cerita baharu menyaksikan Pilgrim yang terkenal dengan kehebatan mereka ketika serangan rapture yang pertama iaitu ketika diserang Rapture Queen.
‘
Tiga Nikke baru juga akan diperkenalkan untuk acara kali ini:
SSR Nayuta
【NIKKE PROFILE – Nayuta】
✅ Manufacturer: Pilgrim
✅ Affiliation: Pioneer
✅ Weapon: SMG: NirvanaInstead of having a singular body, Nayuta has duplicates of herself scattered around the world, with each copy capable of thinking and acting exactly like the original they’re… pic.twitter.com/oz6a3IaL0w
— GODDESS OF VICTORY: NIKKE (@NIKKE_en) October 26, 2025
Nayuta adalah antara ahli Skuad Pioneer yang mengembara ke seluruh dunia untuk mencari Rapture Queen.
Dia mempunyai kuasa untuk menghantar duplicates bagi mendapatkan maklumat.
Nayuta juga ditemani robot unta yang bernama Mantra untuk ke medan perang.
SSR Liberalio
Foto: Shift Up
Liberalio adalah salah satu Heretics dengan kebolehan memburu dan mengesan yang sangat luar biasa.
Dia juga tidak sukakan bunyi bising dan menganggap Queen sebagai ibunya.
SSR Chime
【NIKKE PROFILE – Chime】
✅ Manufacturer: Pilgrim
✅ Affiliation: White Knight
✅ Weapon: SMG: Chime BellHer main goal in life is to become rich and enjoy a lavish lifestyle.
To this end, she and her fellow squadmate, Crown (whom she regards as a noblewoman), wander the… pic.twitter.com/edght4s3Rz— GODDESS OF VICTORY: NIKKE (@NIKKE_en) October 26, 2025
Pembantu dan ahli strategi Crown. Dia merupakan seorang Nikke yang lantang mahupun bersaiz kecil.
Pengetahuannya yang luas sering menjadi kepentingan untuk menjaga Crown mengekalkan kerajaan baru pada masa depan.
Surface Beta
Surface beta adalah mod permainan baharu di mana pemain akan membawa Nikke untuk berlawan dengan Raptures sambil mengumpulkan pelbagai resources.
Sudah semestinya jalan cerita baharu juga akan bersambung dimana Liberalio yang telah lama merancang untuk membawa Queen Rapture turun ke bumi akhirnya menjadi kenyataan.
Nayuta kini bersama-sama skuad Pioneer dan Eden perlu berlawan untuk perlawanan terakhir menentang ancaman yang akan berlaku ini.
Kostum baharu Red Hood Hero Days juga akan dijual bersempena acara ini termasuk kostum terbaru Crown dan Siren.
Foto: Shift Up
Goddess of Victory: NIKKE kini telah dimuat turun sebanyak 45 juta kali sejak dilancarkan tiga tahun lepas.

setahun yang lepas