Adaptasi anime Latna Saga: The Survival Sword King diumumkan!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Adaptasi anime untuk webtoon Korea Latna Saga: The Survival Sword King diumumkan dan kini dalam pembikinan.

Foto: TAPAS

Latna Saga: The Survival Sword King akan dihasilkan oleh dua studio iaitu Pierrot (Bleach, Naruto dan Black Clover) dengan Red Dog Culture House yang pernah membuat animasi seperti Dragon Age: Absolution dan animasi League of Legends: Star Guardian.

 

Manhwa ini menceritakan Hanbin Ryu yang baru sahaja menamatkan perkhidmatan negara dan secara tiba-tiba dia dihantar ke dunia lain yang digelar Latna.

Tetapi sistem naik taraf yang dia dapat sebenarnya rosak dan dia tersekat di stage tutorial paling susah selama 20 tahun.

Apabila berjaya keluar, dia mendapati penduduk Latna tidak menyukai manusia yang datang dari dunia lain.

Bagaimanakah cara untuk Hanbin Ryu hidup dengan level 5 sahaja kerana sistemnya rosak.

Setakat ini masih belum ada apa-apa lagi pengumuman mengenai tarikh tayangan anime ini.

RELATED NEWS

+