Sentenced To Be A Hero baru sahaja menayangkan Episod 1 dan majoriti penonton bersetujua anime ini bakal menjadi antara yang terbaik tahun ini.
Sinopsis
Sentenced to be a Hero adalah anime fantasi gelap dimana Heroes adalah penjenayah yang dihukum supaya melakukan aktiviti hero untuk tentera negara dalam peperangan dengan askar-askar Demon King.
Hereos dalam dunia ini adalah satu perkara tidak baik dan sebenarnya hukuman dimana anda perlu berada di hadapan untuk berlawan dengan demon.
Jika anda mati? Roh anda akan ditarik masuk semula ke dalam mayat dari neraka. Jika mayat hilang? Roh akan ditarik masuk kedalam badan mayat lain. Tiada hero boleh lari.
Menceritakan Xylo hero yang mempunyai kelebihan meletupkan pisau bersama sidekick Dotta yang suka mencuri.

Foto: Crunchyroll
Masalah bermula apabila kedua-dua mereka diarah untuk mengiringi satu platun Holy Knights tetapi tersangkut apabila mereka terjumpa seorang Dewi dimana hidupnya hanyalah sebagai senjata ppeerangan.
Anime ini berdasarkan novel dengan tajuk yang sama dan baru sahaja mengeluarkan 5 Volume.
Episod pertama bakal membuat ramai penonton terpegun dengan kecantikan animasi dan penceritaan yang berbeza dari hero yang kita kenal dalam anime.
Anda boleh menonton Senteced To Be A Hero di Netflix dan Crunchyroll.

setahun yang lepas