5 Karakter Anime Paling Menyampah

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Anime mempunyai banyak watak-watak yang ikonik dan disukai ramai.

Namun, tidak semua karakter-karakter yang ada dalam satu anime itu disukai tetapi membuatkan ramai orang menyampah dengan karakter tersebut.

Karakter-karakter sebegini juga tidak sedar mereka sebenarnya mempunyai perangai yang tidak disukai watak-watak dalam cerita dan penonton juga.

1.Zenitsu Agatsuma (Demon Slayer)

Karakter yang hanya disukai apabila dia tidur.

Selebihnya Zenitsu sentiasa dibenci kerana perangainya yang sangat suka menjerit ketika bercakap ditambah dengan masalah mental yang penuh kegelisahan, paranoid dan kata-kata yang membuatkan kita sebagai penonton tidak selesa.

Zenitsu selepas beberapa latihan ketat akhirnya dapat

2. Minoru Mineta (My Hero Academia)

Mineta direka sebagai satira watak miang yang sentiasa menyebabkan ramai orang tidak sukakannya.

Pengecut, tiada lawan yang menarik tetapi hanya penuh dengan lawak tidak senonoh.

Perangai watak ini ketika Musim 1 dan 2 My Hero Academia sangat tidak disukai tetapi akhirnya perangai Mineta semakin baik apabila wataknya sedikit matang.

3.Gabi Braun (Attack on Titan)

Gabi menjadi antara watak paling dibenci dan menyampah dalam Attack on Titan.

Dia dibesarkan dengan doktrin sesiapa di Paradis Island adalah syaitan yang patut dihancurkan. Ini adalah produk apabila seseorang itu membesar dengan didikan yang salah.

Walaubagaimanapun dia masih menjadi satu karakter yang membuatkan kita menyampah kerana menghabiskan lebih banyak masa bercakap mengenai syaitan dari berfikir.

4. Asta (Black Clover)

Asta pada awal cerita Black Clover terkena penyakit ‘Shonen Syndrome’. Ini bermakna dia seorang yang bising, mengjengkelkan, dan degil.

Suaranya ketika zaman awal-awal anime Black Clover sangatlah nyaring sehingga ramai orang tidak mahu menonton anime ini.

Asta kini telah menjadi antara watak utama shonen disukai ramai.

5. Excalibur (Soul Eater)

Satu-satunya karakter mengjengkelkan tetapi disukai ramai orang.

Excalibur adalah satu penjelmaan pedang Excalibur. Perangai pedang ini dapat membuatkan penonton dan watak dalam cerita itu sendiri menyampah dengannya.

Excalibur akan memastikan semua orang tahu mengenai kehebatannya dalam lagunya sendiri dan sesiapa yang mahu membuat kontrak dengannya perlu mengikut satu jadual ketat yang tidak masuk akal.

Karakter mana lagi yang buat korang rasa sangat menyampah?

RELATED NEWS

+