Anime Lagenda Ranma ½ kembali!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Berita baik buat peminat Ranma ½ yang telah menjadi fenomana suatu masa dahulu.

Anime lagenda ini telah menjadi antara anime masa kecil paling terkenal lewat tahun 90-an dulu.

Manga dan anime Ranma ½  ini dibuat oleh Rumiko Takahashi pencipta Inuyasha dan Urusei Yatsura.

Menceritakan Ranma Saotome dan Akane Tendo yang telah ditunangkan tanpa kerelaan akibat perjanjian ibubapa mereka.

Ranma 1/2 – MAPPA

Tetapi Ranma mempunyai satu masalah iaitu dia telah disumpah apabila terjatuh kolam air panas Jusenkyo ketika berlatih di China.

Apabila dia terkena air sejuk badannya akan bertukar menjadi perempuan dan kembali menjadi lelaki apabila terkena air panas semula.

Anime Ranma ½ dibuat oleh MAPPA dan lebih mengejutkan akan membawa kembali kesemua pelakon suara lama dari anime asal.

Ranma ½ dijangka akan ditayangkan pada 5 Oktober ini.

RELATED NEWS

+