Garena dan KADOKAWA CORPORATION telah mengumumkan adaptasi anime untuk permainan video battle royale popular mereka iaitu Free Fire.
Siri anime ini akan memperkenalkan Kelly iaitu watak protagonis untuk anime Free Fire ini.
Dia akan bersama-sama rakan seperjuangannya perlu mencari konspirasi mengapa dunia mereka terlalu aman.
Anime ini akan diarah oleh Ken Takahashi yang terkenal sebagai pengarah untuk beberapa episod dalam anime seperti Sword Art Online, Kimetsu no Yaiba dan lain-lain.

Foto: Garena Free Fire
Animasi anime ini akan dibuat oleh CANDY BOX yang dikenali sebagai penganimasi disebalik Blue Archive The Animation dan Azur Lane Bisoku: Zenshin!
Adakah animenya akan menggunakan mekanik sama seperti game Free Fire?
Free Fire Anime masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi dan akan diumumkan nanti.

setahun yang lepas