Betul lah apa yang ramai para gamer cakap banyak permainan video di Steam yang hanya dibeli tetapi tidak dimainkan langsung.
Terdapat terlalu banyak permainan video di Steam yang dibeli dan hanya dibiarkan berhabuk begitu sahaja tanpa pernah dimainkan.
Menurut satu laporan dari PCGamesN, mencari berapakah jumlah harga permainan video yang tidak dimainkan oleh pembeli di Steam.

Foto dari Steam Valve Corporation
Dengan menggunakan database SteamIDFinder, mereka mendapati lebih kurang 10% sahaja pengguna Steam ID yang boleh dibuka awam. 10% ini adalah bersamaan 73 juta para gamer di Steam.
Berdasarkan nombor itu, PCGamesN membuat kiraan sehingga AS$ 1.9 bilion (RM9 bilion) nilai permainan video yang dibeli tetapi tidak dimain dan dibiarkan begitu sahaja di dalam Steam Library.
Jika difikirkan semula bayangkan 10% yang didarab dengan 10 untuk menjadi 100% jumlah pengguna Steam dimana lebih AS$19 bilion (RM 90 bilion) jumlah permainan video yang dibeli tetapi tidak dimain.
Antara permainan video yang sudah semestinya ada dalam senarai ini adalah The Witcher 3 dan Grand Theft Auto V.
Sembilan belas bilion bukanlah jumlah yang kecil malah nilai ini lebih tinggi daripada jumlah harga ketika Elon Musk membeli Twitter iaitu AS$12 bilion.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang gamer anda sepatutnya membeli permainan video yang anda mahu main.
Wang untuk permainan video yang tidak akan dimain itu boleh digunakan untuk perkara lain.
Rujukan:PCGamesN

setahun yang lepas