Valve haramkan permainan yang memaksa pemain melihat iklan di pelantar Steam

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Valve kini menekankan peraturan baharu untuk periklanan di pelantar mereka.

Permainan video yang memaksa pemain untuk menonton iklan akan diharamkan di pelantar itu.

Peraturan baru ini ditambah oleh Valve dan pertama kali dilaporkan oleh Gaming on Linux.

Walaubagaimanapun, promosi silang dan penempatan produk masih dibenarkan tetapi memaksa pemain melihat iklan tidak dibenarkan.

Foto: Valve

“Pembangun tidak boleh memanfaatkan iklan berbayar sebagai salah satu model perniagaan mereka seperti memaksa pemain untuk melihat iklan atau perlu berinteraksi dengan iklan tersebut untuk bermain dan juga menghalang permainan disebalik iklan,” ujar Valve dalam peraturan itu.

Perkara seperti ini sebenarnya sangat biasa dalam permainan video mudah alih tetapi Valve tidak mahukan perkara yang sama berlaku dalam pelantar mereka.

Perkara ini juga mungkin disebabkan beberapa pembangun permainan video yang mahu mendapatkan keuntungan lebih dengan memasukkan iklan terus ke dalam permainan mereka.

RELATED NEWS

+