Filem Aksi Nyata Street Fighter akan datang Oktober 2026

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Trailer pertama dan poster barisan pelakon-pelakon Street Fighter kini dikongsi secara rasmi.

Filem ini akan ditayangkan pada 16 Oktober 2026 dan diumumkan beberapa hari lepas ketika The Game Awards 2025.

Penceritaan kali ini akan mengambil penceritaan Street Fighter pertama yang menceritakan Ryu dan Ken dibawah Master Gouken yang perlu mengembara serata dunia untuk berlawan menjadi fighter terhebat.

Satu pertandingan besar yang dianjurkan oleh Sagat juga bakal mengubah kehidupan Ryu dan Ken.

Tetapi dunia adalah lebih besar dari yang mereka sangka dengan kehadiran kuasa jahat diktator seperti M.Bison.

Barisan Pelakon Street Fighter:

  • Andrew Koji sebagai Ryu

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Noah Centineo sebagai Ken Masters

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Callina Liang sebagai Chun-Li

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Joe “Roman Reigns” Anoai sebagai Akuma

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • David Dastmalchian sebagai M. Bison

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Cody Rhodes sebagai Guile

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Andrew Schulz sebagai Dan Hibiki

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Vidyut Jammwal sebagai Dhalsim

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Eric André sebagai Don Sauvage

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Curtis “50 Cent” Jackson sebagai Balrog

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Jason Momoa sebagai Blanka

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Orville Peck sebagai Vega

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Olivier Richters sebagai Zangief

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Hirooki Goto sebagai E. Honda

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Rayna Vallandingham sebagai Juli

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Alexander Volkanovski sebagai Joe

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Mel Jarnson sebagai Cammy

    Foto: Capcom / Paramount Pictures

  • Kyle Mooney sebagai Marvin

Filem ini bakal menjadi filem seterusnya setelah hampir 40 tahun francais ini telah wujud iaitu pada Ogos 1987.

Street Fighter baharu ini telah diarah oleh Kitao Sakurai yang terkenal dengan adaptasi Twisted Metal dan diterbitkan oleh Paramount Pictures.

Nantikan Street Fighter pada 16 Oktober 2026 di pawagam seluruh dunia.

RELATED NEWS

+