Ini sebab kenapa Demon Slayer dibuat sebagai filem trilogi

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle baru sahaja ditayangkan lima hari lepas di pawagam di seluruh negara dan kini menjadi antara filem paling kerap ditonton oleh ramai peminat-peminat anime dan Demon Slayer di Malaysia.

Ramai terkejut Demon Slayer atau Kimetsu no Yaiba ditukarkan dari siri ke filem trilogi.

Sudah semestinya terdapat baik dan buruk membuat filem dari memulakan siri secara episod.

Ini kebaikan dan keburukan Demon Slayer dibuat sebagai filem trilogi:

Keburukan:

Foto: Ufotable

  • Seperti yang ditayangkan sebelum ini, Mugen Train sebenarnya lebih baik apabila ditukarkan menjadi episod. Setiap episod dapat memberi anda peluang untuk lebih mengenali Rengoku. Walaupun tidak ada di dalam manga, babak tragedi di pengakhiran Mugen Train dibuat dengan lebih tragik dan memberi impak yang lebih besar jika menjadi episod. Perlawanan akhir Mugen Train juga tidak semegah yang disangka mungkin disebabkan masa di dalam satu filem itu terpaksa dipotong.

  • Infinity Castle adalah arc terakhir untuk Demon Slayer dan tidak akan ada lagi karakter-karakter baharu yang akan diperkenalkan. Ufotable sepatutnya diberi ruang dan masa untuk menjadikannya lebih sempurna. Mereka boleh memberi fokus yang lebih mudah jika dibuat satu per satu.

  • Anime dengan jadual mingguan selalunya mendapat perbualan lebih lama dan akan terdapat banyak spekulasi akan dibuat sementara menunggu episod seterusnya. Perbualan filem sangat mudah untuk dilupakan begitu sahaja selepas beberapa minggu filem itu ditayangkan.

  • Masalah ‘pacing’ juga boleh menjadi isu jika anime ini ditukarkan ke filem dan selalunya akan diperbetulkan apabila siri episod dikeluarkan nanti.

  • Bagi mereka yang tidak mempunyai peluang untuk menonton filem mereka berkemungkinan akan mendapat banyak ‘spoiler’ besar untuk yang hanya menonton anime sahaja.

  • Filem juga akan memanjangkan masa kosong diantara filem pertama dan seterusnya. Seperti jangkaan filem kedua akan datang pada 2027 dan filem ketiga pada tahun 2029. Bukan satu jangka masa yang pendek.

Kebaikan:

Foto: Ufotable

  • Sinematik dan pengalaman melihat di skrin besar adalah pengalaman yang sangat berbeza dari melihat di hanya skrin televisyen.

  • Ufotable adalah antara studio anime paling terkenal dan besar dan mereka mampu membuat yang terbaik untuk menyampaikan Demon Slayer dengan lebih sinematik terutamanya klimaks penceritaan Demon Slayer nanti.

Keuntungan wang:

Foto: Ufotable

  • Tiada kenyataan rasmi yang dibuat mengenai perkara ini. Peminat Demon Slayer yang menonton filem sudah semestinya akan menonton semula Demon Slayer yang diubah kepada siri episod. Dua jumlah tontonan ini sudah semestinya memberi keuntungan yang lebih besar.

Versi Demon Slayer mana yang anda lebih suka? Filem atau siri?

RELATED NEWS

+