Bekas editor manga Attack on Titan Park Jung-hyun dipenjarakan selama 11 tahun kerana membunuh isterinya.
Testimoni yang diberikan Park Jung-hyun juga tidak konsisten dengan kejadian yang berlaku.

Bekas editor ini juga pernah bekerja untuk siri Attack on Titan dan The Seven Deadly Sins di Kodansha.
Kes pembunuhan ini berlaku pada tahun 2016 dan perbicaraan semula dibuat pada tahun 2024 dan mahkamah menetapkan Park membunuh isterinya dengan mencekik mangsa sehingga mati.
Kenyataan yang dibuat oleh Park dipenuhi dengan cerita yang bertukar-tukar.
Pertama dia mengatakan isterinya jatuh tangga dan kemudiannya menukarkkan punca kematian kepada bunuh diri. Isterinya dijumpai di tangga rumah dan punca kematian adalah sesak nafas. Apabila ditanya di mahkamah pula, Park kemudian mengatakan isterinya bertindak ganas dengan memegang pisau.
Sebab yang diberi oleh Park juga dianggap tiada kredibiliti kerana ‘adalah tidak masuk akal apabila isteri yang dikatakan tidak sedarkan diri kemudiannya bergerak membuat bising dan kemudiannya membunuh diri.’
Menurut Tokyo Reporter, Park mengeluarkan kenyataan tidak konsisten kerana tidak sanggup memberitahu anak mereka bahaya ibu mereka membunuh diri.
Park mengatakan keputusan mahkamah ini adalah salah dan akan memastikan keputusan ini akan dibetulkan.
Ibu Park juga mengatakan Park mempunyai hubungan baik dengan isterinya dan mengatakan perkara ini tidak adil.
Rujukan: Mainichi Shimbun, Tokyo Reporter

setahun yang lepas