Bungie tangguhkan pelancaran Marathon dek kes pencurian hasil seni

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Bungie baru-baru ini telah membuat siaran langsung untuk membincangkan mengenai permainan video baharu mereka iaitu Marathon.

Seorang artis bernama Antireal telah menyedari beberapa aset dalam Marathon Alpha mempunyai hasil seni sama seperti miliknya.

Foto: Antireal

Antara hasil seni yang diambil adalah dari poster yang telah dibuat olehnya pada tahun 2017 dan terus dimasukkan ke dalam permainan itu.

Bungie selepas itu mengakui mereka telah membuat kesilapan dan akan membuat pembaikan semula.

“Kami menyedari seorang artis yang telah bekerja ketika fasa awal Marathon telah mengambil beberapa elemen grafik dari seorang pereka grafik yang lain tanpa kebenaran atau pengakuan dari artis asal pada tahun 2020,” ujar Joe Cross Pengarah Seni Marathon.

Dibawah adalah antara kerja yang pernah dibuat oleh AntiReal tetapi diambil oleh bekas pekerja tersebut dan telah menjadi antara indentiti visual buat Marathon.

Disebabkan ini, Bungie terpaksa menambah lagi masa pelancaran Marathon kerana mereka perlu membuat audit untuk melihat semula kesemua aset yang ada untuk memastikan ia bukan aset yang dicuri.

Marathon dijangka akan membuka fasa beta baru September ini.

RELATED NEWS

+