NetEase mengumumkan Destiny Rising dan pemain kini boleh pra-daftar untuk fasa alpha tertutup.
Destiny antara looter-shooter yang paling terkenal sejak pelancarannya dahulu dan kini menjadi antara yang paling besar untuk genre ini.
Pemain boleh memilih untuk menggunakan fungsi first-person atau third-person yang sesuai dengan skrin sentuh atau alat kawalan.
Terdapat juga beberapa karakter lama dan baru dalam Destiny Rising.
Announcement trailer for DESTINY RISING, the new mobile Destiny game from Netease. pic.twitter.com/M7n5OOh84p
— Geoff Keighley (@geoffkeighley) October 14, 2024
Sama seperti Destiny 2, Destiny Rising akan mempunyai misi kempen, strikes sehingga enam pemain termasuk PVE dan PvP.
Untuk strikes, pemain boleh membina clan mereka sendiri atau bermain dengan kawan untuk mod kasual.
Dua tempat baru akan diperkenalkan iaitu Jiangshi dan Red Sea Rift termasuk penceritaan baharu buat Destiny Rising.
Destiny Rising akan memulakan alpha tertutup mulai 1 November ini dan anda boleh pra-daftar di sini.

setahun yang lepas