Kebosanan kadang-kadang boleh bertukar menjadi produktif.
Inilah yang berlaku kepada pengarah dan pencipta Clair Obscur: Expedition 33 Guillaume Broche.
“Bosan dengan kerja dan mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain,”
Ketika bekerja di Ubisoft, Broche mendapat satu idea untuk projeknya sendiri yang mengambil inspirasi dari permainan video kegemarannya dahulu iaitu Final Fantasy.
Lima tahun kemudian, Clair Obscur: Expedition 33 wujud dan kini sedang menjadi sensasi dan antara permainan video yang paling tinggi rating di dunia.
Clair Obscur: Expedition 33 berjaya dijual sebanyak 1 juta unit dalam hanya tiga hari sahaja.
Bukan itu sahaja, muzik daripada permainan ini menjadi antara yang popular di Spotify. Komposer untuk Clair Obscur juga dijumpai hanya dari Soundcloud.
Malah, Presiden Perancis Emmanuel Macron juga memuji Clair Obscur: Expedition 33 dan unit pasukan mereka.
Game ini menceritakan dunia fiksyen fantasi Paris iaitu Lumiere.
Di situ juga terdapat satu monolit besar yang mempunyai nombor yang sangat besar di permukaannya.
Setiap tahun satu entiti dikenali sebagai The Paintress muncul dan menurunkan nombor itu sebanyak satu. Ini menyebabkan sesiapa sahaja yang umurnya sama dengan nombor akan terus lenyap dari dunia itu.
Permainan ini mengikuti perjalanan enam pengembara yang perlu menghentikan entiti misteri ini.
Rujukan: BBC

setahun yang lepas