Steam Sale Musim Luruh tiba! – Ini 11 game korang patut beli

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Seperti biasa musim jualan murah di Steam sudah tiba kali ini untuk Musim Luruh.

Steam Fall Sale sebenarnya telah bermula pada 29 September lepas dan ribuan permainan video kini dengan harga yang lebih murah untuk orang ramai.

Ini 11 game korang patut beli:

1.Granblue Fantasy: Relink (RM74.25 – Potongan 50%)

RPG dengan 4 player co-op ke dunia baru Grandblue Fantasy: Relink.

2.Cyberpunk 2077 (RM76.65 – Potongan 65%)

Cyberpunk 2077 adalah RPG dunia terbuka masa hadapan di Night City.

Night City adalah bandar megalopolis berbahaya yang obses dengan kuasa, glamor, dan mengubah badan menjadi lebih kuat dengan sibernetik.

3. Doom Eternal (RM11.99 – Potongan 90%)

Askar Neraka kini telah menyerang Bumi. Bumi hanya boleh diselamatkan oleh Slayer yang akan membunuh semua demon merentasi pelbagai dimensi bagi memastikan Bumi tidak hancur.

4. Assassin’s Creed Origin (RM18.90 – Potongan 90%)

Mengembara ke Mesir Purba dalam pengembaraan aksi ini.

Anda akan berlawan dengan musuh yang kuat, membongkar konspirasi dan mencari cerita sebenar asal usul Assassin’s Brotherhood.

5. Horizon Forbidden West (RM149.90 – Potongan 40%)

Sambungan kepada cerita Horizon Zero Dawn. Kali ini bersama Aloy anda perlu mengembara ke Forbidden West yang mempunyai pelbagai jenis Machine haiwan baharu.

6. Monster Hunter Wilds (RM174.30 – Potongan 30%)

Monster Hunter Wilds adalah yang terkini dalam francais Monster Hunter.

Di tempat baru ini cuaca sentiasa berubah-ubah dan membentuk ekologi yang boleh menjadi sangat indah atau sangat berbahaya dengan banyak Monster baharu.

7. Resident Evil Village (RM33.97 – Potongan 75%)

Siri ke-8 dalam francais Resident Evil. 

Kali ini Resident Evil Village akan membawa anda ke satu perkampungan misteri dan berjumpa dengan satu keluarga misteri dan mengerikan.

8. Warhammer 40k: Space Marine 2 (RM84.50 – Potongan 50%)

Jadi Space Marine dengan skill superhuman yang penuh kekejaman.

Anda perlu berlawan dengan askar Tyranid untuk mempertahankan Imperium.

9. Red Dead Redemption II (RM62.25 – Potongan 75%)

RDR2 akan mengisahkan Arthur Morgan dan Geng Van der Linde.

Arthur perlu mengembara merentasi Amerika untuk melarikan diri.

10. Persona 5 Royal (RM88.20 – Potongan 65%)

Sertai Phantom Thieves of hearts dalam cubaan mereka untuk merompak dan memasuki minta manusia-manusia yang telah terpesong.

11. Clair Obscur: Expedition 33 (RM125.10 – Potongan 10%)

Anda perlu mengembara sebagai pasukan Expedition 33 untuk mengalahkan Paintress supaya dia tidak lagi boleh melukiskan kematian.

Dalam dunia ini setiap manusia akan mati setiap tahun jika umur anda sama dengan nombor yang dilukis oleh Paintress.

Sebenarnya banyak lagi permainan video lain yang anda perlu cari terutamanya indie game.

Steam Fall Sale akan berakhir pada 6 Oktober ini. Jalan lupa beli game-game murah!

RELATED NEWS

+