Marathon ditangguhkan selama-lamanya sehingga diberitahu Bungie

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Bungie kini mengumumkan Marathon akan ditangguhkan lagi dan tidak akan dilancarkan pada September ini.

Kenyatan ini dibuat di laman rasmi Bungie. Pembangun Destiny ini tidak memberi tarikh baru untuk pelancaran Marathon.

Mereka juga berjanji akan menyelesaikan kesemua masalah yang ada dengan Marathon selepas mendengar maklum balas dari pemain.

Fasa Alpha Marathon pula dikritik ramai orang kerana mempunyai visual yang biasa-biasa sahaja, peta terlalu kecil, loot yang tidak memuaskan.

Permainan Marathon | Foto:Bungie

Bermain Marathon secara solo tidak memberikan keseronokan yang disangka.

Lebih menyedihkan Bungie terpaksa menghadapi masalah hak cipta kerana kes kecurian hasil seni oleh seorang artis.

Berkemungkinan besar pembaikan pulih yang besar akan dibuat untuk Marathon untuk memastikan semua pihak berpuas hati dengan permainan ini.

“Melalui kesemua komen dan percakapan terus di media sosial dan Discord, kami dengar suara anda,” ujar Bungie.

Bungie juga tidak mengumumkan atau memberi apa-apa tarikh pelancaraan baru untuk Marathon.

RELATED NEWS

+