Marathon dibangunkan oleh Bungie kini berhadapan pelbagai masalah.
Daripada isu pencurian hak cipta dan hasil seni artis sehingga rekaan karakter dan cara permainan yang tidak memuaskan.
Menurut laporan, Sony kini membatalkan kesemua bayaran pelan untuk pemasaran Marathon.
Ada juga mengatakan pimpinan di Marathon terlalu toksik dan memalukan walaupun sudah diberitahu oleh pembangun sendiri mengenai fokus yang keterlaluan terhadap PvP.
Server open beta yang sepatutnya dibuka bulan hadapan ditangguhkan lagi dan ramai yang pernah bermain Marathon ketika Alpha Tertutup mengatakan tiada yang menarik untuk anda bermain Marathon.
Selepas pembatalan dari Sony, ini bermakna Marathon berkemungkinan akan ditangguhkan untuk jangka masa yang sangat lama.
Bungie juga kini sedang menghadapi kes mahkamah Destiny 2 yang juga mengenai kes penggunaan hak cipta.
Adakah Marathon kini dalam maraton ke arah yang sama dengan Concord?

setahun yang lepas