Jess No Limit tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

MLBB bukan sekadar permainan mudah alih tapi ia mampu menjadi landasan kerjaya yang berjaya. Buktinya adalah Justin, dikenali ramai sebagai Jess No Limit yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia tahun ini dalam kategori Media, Pemasaran dan Pengiklanan.

Kejayaan ini mengiktiraf pengaruh Justin sebagai pencipta kandungan dan usahawan digital dalam dunia e-sukan, sekali gus menunjukkan peranan penting MLBB dalam membentuk ekonomi kreatif, kerjaya digital dan memperkasa belia di Asia Tenggara.

Justin mula dikenali menerusi kejayaan dalam MLBB, permainan MOBA mudah alih yang popular di seluruh dunia. Bekas pemain profesional MPL Indonesia ini memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang penciptaan kandungan selepas bersara daripada arena kompetitif pada tahun 2019. Sejak itu, video-videonya yang merangkumi permainan dan vlog telah mencatat lebih 6.7 bilion tontonan di YouTube, dan kini beliau merupakan YouTuber dengan jumlah langganan tertinggi di Asia Tenggara, melebihi 54 juta pengikut.

Pencapaian luar biasa ini turut menerima pengiktirafan daripada MOONTON Games, pembangun MLBB, yang menyifatkan kisah Justin sebagai bukti bagaimana permainan ini mampu menjadi pemangkin kepada perubahan positif dalam kehidupan anak muda. Dengan sokongan komuniti MLBB dan platform yang disediakan, Justin berjaya mengubah minatnya menjadi kerjaya yang memberi inspirasi kepada jutaan orang.

Kisah Justin menggambarkan bagaimana generasi muda kini menggunakan platform digital, permainan mudah alih dan e-sukan untuk membina kerjaya baru, menjana pendapatan dan memperkukuh ekonomi digital. 

RELATED NEWS

+