Mobazane dan Hoon S8UL langgar peraturan MSC2025 – MLBB

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Semalam dua pemain MLBB S8UL telah disahkan melanggar kontrak pertandingan untuk Mobile Legends: Bang Bang Mid Season Cup (MSC) di 2025 Esports World Cup (EWC).

Michael “Mobazane” Cosgun dan Jang “Hoon” Seong-hun adalah dari pasukan S8UL didapati telah melanggar kontrak dan peraturan pertandngan MSC.

 

Keputusan penyingkiran ini dibuat adalah kerana kedua-dua pemain ini menyertai acara rasmi bagi lawan MLBB iaitu Honor of Kings.

Pasukan S8UL telah diberikan peluang untuk mencari dua pemain ganti tetapi tidak berjaya diperoleh oleh mereka.

Seperti yang diterma dalam Indeks Penalti MSC (Seksyen 2, Indeks Penalti B) jika ada ahli pasukan yang menyertai dalam acara permainan video lawan/aktiviti/pentriman atau memberi pendedahan kepada lawan MOBA, pemain tersebut akan disingkirkan.

Disebabkan hal ini S8UL tidak lagi layak untuk bertanding dan pasukan tersebut akan digantikan dengan A77 yang mendapat tempat kedua di liga Amerika Utara.

Setakat ini tiada lagi kenyataan rasmi dari Mobazane atau Hoon dan juga dari S8UL.

RELATED NEWS

+