Bandai dan Toei Animation baru-baru ini telah mengongsikan anime baru buat siri Digimon iaitu Digimon Beatbreak.
Anime Digimon Beatbreak ini akan ditayangkan pada 5 Oktober ini.
Sinopsis:
Dalam dunia dimana terdapat satu sumber tenaga yang digelar “e-Pulse” iaitu tenaga yang dijana oleh fikiran dan emosi manusia.
Tenaga ini digunakan untuk memberi kuasa kepada satu peranti AI bernama “Sapotama” (peranti berbentuk telur). Disebabkan ini terdapat beberapa raksasa digelar Digimon yang muncul.

Foto: Toei Animation
Digimon adalah makhluk yang wujud dan bertukar dengan menggunakan e-pulse sebagai sumber tenaga mereka.
Menceritakan Tomoro Tenma di mana kehidupannya berubah apabila Gekkomon muncul dari Sapotama miliknya.
Bersama-sama Kyo Sawashiro dan ahli Golden Dawn yang lain, mereka perlu berlawan dengan Digimon berbahaya yang lain.
Tema Digimon kali ini akan menjadi sedikit matang daripada siri Digimon Ghost Game yang sebelumnya.

setahun yang lepas